JellyPages.com

Saturday, December 14, 2013

assalamualaikum.. hai semua.. kali ni post agak sedih sikit.. ye la.. asyik happy je kan.. mesti lah sedih sikit.. entah la weh.. sejak dua menjak ni aku rasa sebak sikit.. banyak benda yang berlaku dekat aku smnjak dua menjak ni.. aku hanya terus tersenyum kerana semua y berlaku pada aku ni ujian dari Allah.. aku hanya ada hati yang mcm ni.. aku tak mahu berdendam.. setiap benda yang aku lakukan aku balutkan dengan keikhlasan.. aku tak pernah merungut andai keikhlasan itu tidak di balas.. cuma kadang2 aku sedih sbb org tak pernah hargai.. ya Allah.. dugaan yang Kau berikan.. aku terima dgn iman y telah disemat dlm hati ya Allah.. aku jarang bercerita tentang diri aku pada org.. sbb aku tak tau apa y patut aku luahkan.. terlalu banyak benda y aku tanggung sampai aku rasa kadang2 aku tak dak masalah.. bila  satu benda y terjadi pada aku.. baru aku tau.. aku sebenarnya tanggung banyak benda.. aku tak mmpu luahkan pada manusia.. sbb aku rasa entah dr mana aku nak mulakan bercerita tentang diri aku.. aku hanya senyum dengan semua ni..bermula dari insan y benar2 aku sayang tinggalkan aku.. aku teguh hadapi semua ini.. permasalahan keluarga...aku hanya diam dan tersenyum.. tika aku diam dan tersenyum aku ada Allah y sentiasa menemani aku dalam gelap dan sunyi aku.. aku mengaku aku tak punya sesiapa utk menceritakan apa y terkandung dalam hati aku.. terlalu berat utk aku luahkan pada org..perangai aku mmg mcm ni.. aku boleh mendengar masalah org lain, menyelesaikan masalah org.. tp.... masalah aku.. aku tak mampu cerita pada org.. aku hanya mmpu ckp dalam hati La Tahzan ina.. Allah selalu dengan aku... aku merinduiMu ya Allah... aku sedih.....aku mula menyedari kebesaranMu tika masalah dtg dalam hidup aku.. bila aku sedang bersedih.. Kau hantar insan y menjadi perantaraan antara aku dan Kau ya Allah.. aku mula sedar kebesaran ini.. aku bersyukur kerana Kau hantar dia kepadaku.... Alhamdulillah... walaupun perjalanan itu sekejap,. aku bersyukur kerana Kau hantar dia kepadaku.. aku bersyukur ya Allah.. walaupun selepas itu Kau ambil balik dia dariku... aku akur.. dari Kau dia dtg...dan Kau punya kuasa untuk mengambilnya balik... ckup la perjalanan y sependek itu mengajar aku mengenaliMu ya Allah... aku tau .. Kau menguji aku.. aku terima ya Allah... aku senyum dan ketawa,, tp dalam diam aku menangis.. ya Allah.. aku berserah semua kepadaMu ya Allah...

Saturday, March 23, 2013

kerash...!

assalamualaikum.. haii hampa semua.. kita berjumpa kembali.... actually aku tak dak apa nak tulis.. and tak expect pun akan tulis blog ni malam ni.. yela memandangkan kelas aku yang sangat pack.. tambah2 pada hari jumaat yang paling aku suka.. kelas aku smpai pukul 10 malam!! aku ulang lagi sekali dengan menggunakan capslock yang terdapat disebelah kiri ini 10 MALAM PADA HARI JUMAAT!! ok.. hampa semua pasti paham benar perasaan aku kan? sbb selalunya pada hari jumaat hari yang sangat tak pack kelasnya... tapi aku sangat pack.. bermula pada pukul 9.30 pg.. sampai 10 malam aku di sana.. pehhhh!! penattt!! kalau tak kurus lagi sem ni .. aku pun tak  tau la weh.. ok.. lega boleh luah perasaan kat hampa semua.. berbalik dengan tajuk yang akan aku tulis pada malam ini adalah berbunyi... crush! or CRUSH! hahaha.. crush tu .. err.. tak tgk kamus la pulak apa maksudnya... tp bg kami-kami ni.. kami tau la crush tu apa.. ok.. aku translate la kepada hampa apa tu crush mengikut definisi kawan2 aku. crush ni mcm org yang hampa suka dalam senyap la.. tp orang tu tak tau pun hampa suka kat dia.... kesian :( hihihi.. apsal aku gelak ni?? ok abaikan saja... besala kalau dalam dunia kampus ni .. sapa y tak dak crush mmg dia tak normal.. i mean mesti la dalam banyak2 tu hampa ada gak suka kat sapa2 kan? walaupun hakikatnya hampa dah ada bf.. tp mesti la hampa ada gak sesi2 mencuci mata kan? jgn tipu la weh kalau tak dak.. kebanyakan yang terjadi ni banyak pada kaum perempuan la.. dh mcm penyakit kan... aku tak tau la terjadi pada kaum lelaki ke tak kan.. sbb aku banyak berkawan dengan budak perempuan.. mungkin aku boleh masukkan teori aku .. perempuan mungkin lebih banyak crush sbb kebanyakan perempuan kan suka bca novel cinta (yeekkk) suka tgk running man(dh apa hal running man masuk kan) suka tgk cita korea(aku tak suka  langsung) thats y la depa ni kadang2 terikut dengan benda2 cm tu.. k la aku puntak tahu apa teori bodo aku ni.. apa pun.. sbnarnya ada crush ni best jugak.. bukan apa.. kalau ada crush tambah2 satu fakulti plak tu.. haii.. boleh la cuci mata.. selalu p kelas.,. secara tak langsung  kita akan rajin g kelas.. so peratusan ketidakhadirin ke kuliah akan berkurangan dan peratusan y akan kena ban dr peperiksaan pun akan berkurangan.. betol tak? -.- ok.. ! merepek kot.. err tah laaa.. crush... crushh.. crushh.. aku?? aku ada la gak crush.. tp setakat minat2 bodo2 je.. cinta aku tetap pada si A bukan nama sebenar.. hehe.. anyway.. aku tak pernah percaya pada cinta crush2 ni.. sbb dulu aku dengan si A pun bukannye crush pun.. kadang2 aku tgk... ada je y berjaya menjalinkan hubungan dengan crush dorang ni.. maybe level confident y tinggi.. cm aku? mmg level confident aku sangat rendah... sapa la nak tong drum cm aku ni kan.. sob2.. anyway.. tak kesah pun.. dh ada si A ... tak pa.. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...... >.< suke2!! teheeeeeeeeeeeeeeeeeee......k la.. aku dh ngantok... esk ada aktiviti lagi -.- tidor dulu.. selamat mimpi crush hampa... kalau betoi2 suka... p try approach! ok! sebelum si dia kena kebas.. k .. masa utk on the phone with mr A.. muahh! salam!

Wednesday, March 20, 2013

tak tau nak pk tajuk apa

assalamualaikum uolsssss... dh nak dekat setahun dah aku tinggalkan karier aku sebagai blogger sakai.. besala.. bz dok study (ini semua poyo) . actually banyak sangat cerita nak tulis kat sini... ceritu itu,ini, macam2 laaaaa... setahun bak hang aku tak tulis blog.. haruslah banyak cerita yang aku nak tulis.. utk pengetahuan semua.. aku sehat2 ja dalam setahun ni.. demam pun jarang.. sakit gg tak lagi... sakit perut selalu gak... (kesah habis pulak hampa kan).. weehh!! aku dah sem 3 kat shah alam niii!! yeyeyeyeyey!! maknanya lagi 3 sem la nak habis belajar.. wuu.. tak sabaq bak hang... tapi utk sem 5 ngan 6 aku kan pindah fakulti kat seremban... woooo!! tak sabarrr!! tak sabarrrr!!! sbb kat shah alam ni semak! ramai sangat orang... eeee!! tak dak ketenangan (giteeewwww) bukan apa.. kat shah alam ni.. hang pusing kanan.. hang pusing kiri.. semua orang.. mmg la semua orang.. tak kan haiwan kotttt... hihi... tapi serius aku rindu merbok.. dulu masa kat merbok tergedik2 nak  p shah alam... besala masa tu masih muda.. belasan tahun (wahhh giteeww uolss) skrg dah tua, nak dok tempat yang tak ramai orang ja... tua sangat ke aku ni weh??? huhu... rasa cm sat ja dah masok sem 3 kan... duduk kat shah alam ni cabaran sangat tinggi.. tambah2 dengan level degree sekarang.. adoi.. esaiment?? jangan ckp la.. mmg dok bertimbun.. tensennn aku! tapi.. lek2... semua benda leh settle.. alahh.. esaiment je ponggg... hihih..jika kau yakin kan kau boleh.. kau boleh melakukan... ok aku lupa lagu tu.. arghhhh!! lapaaqqqq :( kelaih koi 12 st g... smpai kol 10 malam bak hanggggggg...sob2... sob.. :'( ,, tak pa la.. aku end post dulu... sbb aku tak mandi lagi ni.. daaaaaa uolssss...

Saturday, April 14, 2012

eksited punya yus!

assalamualaikum..heyuuuu! bersiaran kembali....pehh..nampak sangat aku eksited nak update blog kan..sari sampai 2 kali post kan???? angguk cepat! huhe..tapi tahap eksited aku ni tak dak la cm kawan aku sekoq nih! punya eksited na menang 30 ribu...sebelum tu nama kawan aku tuh yus! bukan laki naaa! tapi pempuan! haaa....kisahnya bermula...di pagi yang hening ini..aku baring2 sambil on9 atas katil..tetiba dengan muka yang tak puas atynya si yus ni dengan rakus p ketuk bilik aku..nasib tak roboh bilik aku..nnti akak kesayangan yus iaitu akak J mara kat aku pulak....sbb bagi roboh pintu bilik akuh ni! da la aku tak susun kasut akak J punya marah mcm aku belot terhadap tanah air aku sendiri..salute la kak j! u mmg kelesss! tegas orgnya! (sampai aku rasa nak cabut gg dia!) da la main sepak2 kasut bila time kasut bersepah..ni mesti dulu teringin nak masuk soccer kid..tapi bila dah sedar diri dah tua..tak jadi...kekeke!! (ok dah abes kutuk akak kesayangan yus) ni mesti yus mara aku kutuk akak dia..ekekeke...berbalik pada cerita asal...yus ni punya la eksited laaa..mcm eksited na kwen tuh! mmg dia tu kalau bab kawen sangat eksited..taw la dia dah ada abg wandi.uhuk2! (hormon terlebih agaknya)ok...dia pun cerita la kat aku...contest baik punya yang menang 30 ribu, menang kereta..menang moto! (pakcik menang moto!) ohohohoh!! dalam contest tu peserta kena wat video lawak or apa2 ja yang menarik selama 2 minit..adesyhhh! jenuh aku pulas punya pulas kepala hotak aku ni..na wat video apa?? ta kan na wat video cm cikgu shida tuh?? eheyyy! waraste lagi akuh ni... kesian aku tgk muka cedoi yus ni...punya nak menag 30 ribu tuh! smpai cm tu la eksitednye! ta pe yus..kita akan cuba berfikir secara waras untuk wat video itu..apa kata? kau berlakun jadi akak kesayangan kau?? hek3...cm gempak je?? pas tu lakonkan semula kejadian2 yang buat kau hangin dengan akak tuh! meletup gi tu kan!! hek33!! bye laaa..!!

sakai berkerja!

assalamualaikum....hai..hai..hai..haiiiii!! ok sila kembali normal ckit ina..hang selalu sewel n sakai cm ni bila tulis blog..bukan apa eksited punya pasai la ni..da lama aku tak contiang contiang(conteng2) blog kesayangan akuh nihh! aku tak tau la nak cerita apa..ok...start pada mula...pada suatu ketika dulu..selepas aku tamat asasi...aku pun mula menjadi penganggur yang begitu di segani oleh rakyat jelata....justeru itu..datin emak merangkap pakar motimati terhebat aku(kaki berleter) mula la merepek meraban berguni guni..berbakul bakul..bukan tahap bakul dah datin emak berleter..tahap bertan2 million..kalau nak di eksport pun da mcm kene bawak naik kapal tongkang da...hek3... bukan apa..mana la datin emak tak merepek...motor aku tuh tak dak sapa nak bayaq...haishh...napa la aku tak simpan sugar daddy sekoq..boleh buat umpan bayaq moto akuh..hak3...so..dengan tak rela hati campuq perasaan yang berbaur2 aku pun mula la mencari kerja..puas ku round satu tepeng....satu pun tak dapat..(bukan tak dapat..aku round je..tgk jawatan kosong aku tak p tanya pun..) tengah2 aku berjalan dengan hati yang senang tanpa ada duet seposen dalam kocek seluarku..aku tgk ada jawatan kosong kat satu kiosk ni! aku tanya punya tanya...nasib la tokey tuh pempuan..aku ni mmg ada penyakit tak leyh kerja bawah laki..tak suka!! tak suka!! ok! awak boleh datang esk! ha??? cm tu je?? ok aku pun dengan semangat waja dan jitunya pergi kerja dengan makcik tuh..aku panggil dia makcik sbb dia mmg cm makcik..ekekek! lupa aku nak bagitau...aku kerja kat tempat jual makanan..cm fastfood.,..soooo..aku pun kena la fast! ADESS!! cm na aku na fast??? kuali kat rumah aku pun tak pernah rasa sentuhan aku! apatah lagi aku nak kena masak makanan kat sini! da la mak cik ni ajar aku sejam dua pastu dia tinggal aku sorang2 kat kios tu! meroyan ke hapa ??? bila customer mai mula laa aku gelabah tenuk..aku da la tak tau masak apa2! salah aku jugak dah tak taw masak p mintak tempat lagu tuh! (kutuk aku dalam hati) ahhh!! ada sorang customer ni..nak beli makanan set...jenuh la aku tenang(tengok/tenung) lama2 gambaq set tuh..nak tgk kena boh(letak) bahan apa..budusss!! laaa! aku mana nak taw!! eeeeeeeeeeeee!! free je makcik tu dapat kutukan dalam hati aku yang panas membara...rasa2 kalau boleh teropong hati aku masa tu..mau hangit da hati aku ni...terbakorrrr dek kerana makcik tuh y ajar aku punya sekejap..then expect aku dah pandai wat suma! $%%^&&* punya makcik! ok abaikan! nasib la aku ni kretif dan inovatif (puji la skit diri aku ni..bagi motivasi skit) aku berjaya gak la siapkan makanan set tuh...bahan dak ok! bab hiasan! sumpah buruk! tak leyh masuk chef besi ni(iron chef)! ok! start dari saat tuh...aku mmg tak mau mintak kerja dalam bab masakan,makanan mahupun setara dengannya! walaupun aku anak tukang masak! aku tak mau! bakat memasak mak aku tuh hanya turun dekat abang aku...kat aku?? uhuk! sorry! mesti tak dak sapa nak kawen dengan aku pas baca entry nih kan! ok..tak pa...aku tak hipokrit(ayat sedapkan aty) pas tu dengan semangat ynag membara dan jitunya aku try kerja kat satu kedai kesantekan ni..ala2 gardian n watson laaa....nama di sembunyikan kerana takut menyentuh sensetiviti..apakah>?? uhuk2..abaikan...pehh!! kat cni pun aku kerja bawah pempuan gak! besala...aku kan agak tak ska lelaki...bukan lesbo okehh! sila paham! best tu mmg la best..tapi aku kerja part time ja! mangkuk laa! gaji part time mmg la skit! cmna aku nak bayaq moto aku tuh! tapi yang best kerja kat sini..staff dia,manager dia suma ok! mmg best la weyy! tapi satu ja! aku ni bukan paham bab2 krim ka losyen ka...agak fail di situ! ahaksss!! kalau org tanya aku..aku main bantai je bohong org tuh! (kesian customer aku) na wat cm na..hek33....aku kerja dua hari ja kat situ..sbb aku dapat kerja baek punya kat kedai serbaneka 24 jam! auww!! mcm ayat novel je neh! hek33...minggu yang berikutnya aku memulakan tugasan aku sebagai minah 7e oppss! terlepas..wow! best kerja kat sini...kawan pun berbilang bangsa..agama dan budaya..ada nepal..ada bangla! suma ada...pagi2 kerja aku mop2 lantai..sambil tuh bangla pun mop lantai..secara tak langsung aku dan bangla tuh tak dak beza melainkan bezanya hanya aku warganegara...huk2...sambil2 mop dia pasang lagu industan,,aku pun layan gak! hahaha!!peduli apa aku...asalkan aku dapat duet! mop lantai je pun...bukan suruh p kerja kontrak angkat bata junjung ataih(atas) kepala..teringat aku cita industan dulu2..ehh apa kaitan ni ina oi...ok kembali cerita asal...rajin gak aku mop2 lantai..sapu lantai..kalau kat rumah jenuh mak aku suruh..rasa nya kali ke 87 mak aku suruh baru aku mop lantai umah aku...hek222....kerja kat sini agak mencabar minda dan otak...kawan2 kerja aku panggil aku cedoi...bongok betoi! ada ke patut! ya la..aku mana penah wat benda2 cm ni selama ni..tetiba suruh aku wat..mana tak cedoi di situ.. ok! aku fail kalau nak suruh aku masuk calon menantu! tak reti buat kerja! tapiiiiiiii!! aku tetap belajaq taw....haha...bangga aku! serius! bila hampa(kalian@korang) kerja rasa lain...rasa cm indipendent...rasa cm da besaq gila..mcm dah boleh bela anak orang! wowowowo! merepek la hang ni ina...5 bulan gak la aku kerja kat situ..best2....ada pernah ketuhar meletup! dapat customer yang mabuk2( y ni aku hangin) dapat customer y gatai2..( y ni rasa nak penampaq sedaihhh) tapi apa pun customer always rite! ( sapa reka statement bodo ni???) nyusahkan idop aku ja! tapi kan..hari last aku kerja tu la y paling sedih! tertumpah jugak ayaq mata mahai ni...aku nangis!! waa! nangis sbb nak tinggalkan kawan2 kat ctu! nepal kawan aku tuh pun sedih! hahaha..tapi aku yng over! haha...aku beli depa pen murah2 sebagai tanda kenangan...tapi depa belanja aku top up n old town.,..mana tak belanja oldtown dah depa kerja situ....hahah...tapi apa pun...kerja kat situ mmg best gila sakai! ok la! y tu je kot pengalaman aku kerja sebelum sambung belajaq kat uitm shah alam nih..bye!

Tuesday, April 10, 2012

alkisah blog aku!

assalamualaikum..hai semua..gila! da lama aku tak bukak blog ni..bukan apa aku lupa daa password aku tuh! mana tak lupa lepas ja abes asasi aku terus memulakan kerjaya sebagai minah 7e yang tak bertauliah ataupun lebih dikenali minah cedoi di kalangan rakan sekerja ku yang semuanya bangang dan senget...(suka hati je nak panggil aku cedoi..cedoi tu maksudnya blur) wa!! benci aku depa cakap kat cek lagu tu...ngok punya rakan setugas! ok balik ke topik asal..mengapa aku tak boleh bukak blog ni..aku sememangnya lupa tahap tenuk gaban dah password nih,,maklum laaa..terlampau nak protect kan..sekali tak boleh bukak langsung! padan muka hang ina!! bongek sangat!! pas tu aku malas da nak ambik port nak try2 bukak guna link 4got ur password?? aku rasa sangat cedoi di situ..huh! tapi alhamdulillah la...aku mendapat petunjuk jugak akhirnya untuk terus menyambung bebelan aku di blog yang tak berapa nak betul ni..aku mengambil langkah inisiatif dan efisyennye dengan mereset kembali pasword aku..di situ aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dan dapat la aku bukak semula blog aku ni.k la..aku da ngantok! bye! nnti aku cerita lagi kat hampa pa yang da jadi kat aku..banyak weyy!! nnti2 la..nak p tdoq da ni!! bye! love u!

Sunday, June 26, 2011

update sementara

hyeee!! da lama kot aku ta update blog aku ni..mcm2 yang jadi kat aku selama aku ta update status ni...waa!! na cita pun ta tw kat mana na mula...well...nanti bila ku free aku cita k..skang aku nga bz dgn esaiment yang melambak mcm bapak!! pehhhhh..nyampah aku..da cm aku ni keje da...keje melambak lambak...k la..chow luh..nnty dalam 2 or 3 ary7 aku cite ap yang jadi kat aku..k tata! lup u allsssssssss!! muacks!

Thursday, May 12, 2011

cerita bosan2..

assalamualaikum..hellluuu! lama gak ar aku ta jengah blog aku ni..ta de mood plak na tulis...hemmm...na tulis apa ha? ok..memandangkan aku suka tgk gelagat org..so tercetusnya idea dari otakku y amat bernas lagi geliga bak emas sri pinang..(apakah aku ni,merepek je)..aku na cerita tentang gelagat manusia yang aku jumpa selama aku hidup ni..yang paling aku sengal dan aku benci manusia yang suka tiru2 apa kita buat..dalam erti kata lain suka melawan la apa yang kita ada...mcm org beli peti ais,dorang beli lagi besaarrr punya !!! peti ais...pehhh!! gua ckp lu! org cm ni paling gua ta ske...tak salah kalau nak bersaing..but tolong la bersaing secara sihat..mcm bersaing dalam pelajaran ke..bersaing utk menjadi umat yang cemerlang ke..tanpa ada sebarang rasa cemburu...aku ni pun bukan nye baik sgt..tapi aku ta de la..nak lawan2 org..apa yang aku ada da cukup la..asal boleh idop cukup ar kan..hmmm..then..aku paling ta ske org sombong...maksud aku sombong dalam memberi senyuman..wei! tolongla..kalau hang senyum pun tak luak apa pun..kadang2 aku pun kena gak..aku punya la tersengih kat org tu...pas tu org tu boleh lak wat muka tenuk tua kat aku...pehh..berasap aku..aku senyum,senyum la balik..walau tak kenal pun...senyum tu sedekah taw ta? kira dapat pahala la...itu satu peel manusia..ni ada peel manusia yang suka jaga tepi kain org..ok...aku tak nafikan..aku pun kengkadang ada gak gossip2..but ta de la cm hang minah..sibok nak jaja ,kisah org...kat org lain...weyy! apa sengal hang ni minah oiiii!! jaga tepi kain sendiri sudah la minah....lu na jaga tepi kain org wat pe? ta dpt pa pe pun..then...aku paling benci org y main kata2 belakang..weyy..kalau berani meh kata depan2 aku tak mara la..aku bukan jenis mara org...aku cool kot...wakaka..tak ley blah puji diri sendiri....haha..da la..y tu je kot setakat ni aku na tulis..k bye!

Thursday, May 5, 2011

cinta?

assalamualaikum...hari tajuk aku senang ja..CINTA..cinta boleh buat kita rasa mcm naik belon panas..kekkekke..cinta gak boleh wat mcm kita hidu tahi lembu....week!!!cinta boleh buat mcm kita mkn sambal belacan..ohhhoo...mcm lagu je tu...cinta itu suci seperti kain kapan..wowowow..kain kapan bhai...kadang2 cinta itu jugak tak suci mcm air longkang atau loji kumbahan..yek! depend pada kita mcm mana nak corakkan cinta kita..semuanya di tangan kita...tapi kadang2..bila kita terlalu setia dgn cinta..buruk jugak padahnya..kita juga yang akan makan ati..haisshh..kadang2 payah betol la na main game cinta ni..sbb ada dua player..masing2 nak menang..so..payah la..sbb tu selalu kat tengah jalan je cinta tu...haishh..apa la aku merepek petang ni eh?masa saat jatuh cinta tu..manis bukan main...lagi manis dari gula2 kapas..(mak aku panggil halwa rambut habes aku kene bahan dgn mc laa)..bila kita jatuh cinta..adesss...semuanya indah...tgk lembu nmpak comel..bau kambing pun rasa wangi....rasa cm nga dok terbang2..pas tu rasa ada sayap..hik2..best sangat bila di lamun cinta..rasa dunia ni sentiasa tersengih sengih mcm slipor koyak...nengok kak limah pun rasa kiut dan ayu jeee....haaa..penangan jatuh cinta..amek kau!! kalau org2 tua ckp..makan tak kenyang,mandi tak basah? haha...sekarang bukan tak kenyang da..bukan tak basah da..semuanya tunggang terbalik bila jatuh cinta ni..rasa nak senyum je semedang(selalu)..haisshhh..gila2...tapiiii!!! tu bulan pertama dan kedua masa jatuh cinta....bila da na masuk setahun!!!!! pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





haishhhhh...tgk lembu benci..tgk kambing melluuaaattt!! semuanya melluuaaattt!! pas tu mula la nak merepek kat dunia ni kejam la....gila ke apa? nengok kak limah pun rasa nak sepak je bila putus cinta ni...muka tu da mcm getah sekerap da....apa kene ngene getah sekerap ni? eeeishhh...bila putus cinta..rasa dunia ni gelap umpama sambut hari earthday..huahuahua...sakit mcm kene operAtion bila putus cinta ni....hadusssss....sungguh terok....aku rasa sama hebat penangan jatuh cinta dengan putus cinta..sakit tahap biawak idop!!!
adessss....

mcm ni la cinta...seronok sekejap...je...sedih yang lama....aku rasa kan..kadang2 ta yah la cinta....tapi sunyi...cinta wat sakit aty..ughh!!

Tuesday, May 3, 2011

untuk gonjengku..


assalamualaikum...haiiiii..kali ini aku wat khas kepada gonjengku...ryrynn azman..anak pak azman yang sangat gonjeng..ok..sebenarnya dia tu sengal skit...nyampah aku.haa...ta de la...sje je...ok..dia ni la teman aku...masa aku nangis dia ada..masa aku gelak dia ada...masa aku apa2 suma dia ada la...cepat majok ckit dia tu..eeee...sabor je la..tapi y best...kami gado cm na pown..dia still wat bodo..kalau kat kampus..dia ni mcm mak aku..waktu aku sakit dia la..y teman aku...hik2..g tandas mlm2 dia la jugak muka teman aku...kalau bulan puasa dia la org y gerak aku sahur...aku ngan dia...dia kakak aku ok..sbb dia ni selalu pujuk aku kalau aku majuk....cty sem kali ni aku jarang contact dia..pas tu sengal post kat wall aku..kata aku ta rindu dia..gilaa!!!! rindu la ngok!! haha...setipa kali aku tgk topi y hang belikan tu..kih2...aku ingat hang taw ta..ryrynn..saya sayang kamu..sbb kamu byk jaga saya..walaupun kadang2 kamu tu sengal...kita tak becakap..pas tu ckp balik..semuanya kenangan manis...mmg la hang cepat mara..then aku plak dgn mood aku yang ta ske byk ckp..but u know dear? i love u so much...aku rindu kau ok!!!! mmuuaaahhhxxx...(jgn bangga sgt aku tulis ni untuk kau)hahaha..love u syg.... I LOVE U AZREEN FARHANI AZMAN....U R MY SOUL SISTER!! ALWAYS MISS U..AUWWW..ASAL AKU NA NANGIS NI...

Wednesday, April 27, 2011

tersirat~

assalamualaikum....haishh..hari ni mcm mood nak dgr lagu jiwang2 lak..aku ni mmg terkenal dengan lagu havoc2..lagu happy...jarang la aku na dgr lagu jiwang2 ni..tapi tak taw la..semenjak dua menjak ni rasa mcm di buai perasaan pulak...haiisshh..pulak daa...apa la...kadang2 byk jugak pekdahnya lagu2 ni..bukan apa..selain daripada menjadi halwa telinga kita...boleh juga menenangkan perasaan kita....kadang kala lagu juga menjadi medium bagi nak expresskan perasaan kita terhadap sesuatu or terhadap seseorang yang kita sayang..dan lagu ini juga mempunyai makna tersirat yang boleh mempengaruhi seseorang..kadang2 dok dgq lagu sedih2 kita mungkin akan ingatkan kat seseorang yang kita sayang,kita rindu kan...bila kita rindukan orang tu kita pasti akan dengar lagu jugak..so..lagu ni mmg main byk peranan la dalam hidup kita ni kan...then lagu juga boleh di jadikan sebagai bahan dakwah..mcm lagu nasyid...dan sekarang tgh hot lagu maher zain...cukup sudah aku cerita function lagu...then sekarang aku nak cerita tentang lagu yang aku suka..aku ni jarang nak minat lagu lentok2 ni..but ada gak la lagu lentok2 aku suka..bukan tak dak...bila aku dgr lagu ni mesti aku akan ingatkan kat seseorang..bait2 lagu ni semuanya ada kaitan dengan dia...




Setiap hari ku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan dengan mu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maafkan aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku

Menyanyi dan bisikanlah sayang
Baik nyata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkan mu
Bermimpikan mu
Sepanjang malamku

Tuesday, April 26, 2011

bahasa bajet comel

assalamualaikum...halluu...bersiaran kembali kita!!! haishhh..mls la aku na wat introduction..terus straight to the point je...sekarang aku tgk bahasa melayu semakin rosak di buatnya..aku tak taw la...sapa la yang wat rosak jd cm tu..wakaka..mana tak nya..berbelit2 lidah aku ni nak menyebut...tambah2 kalau aku tgk bahasa budak2 sekolah..pehhh...ejaan! makk aiiihhh....melebihkan ejaann omputih...sampai juling gak la mata aku ni dok tenang(tenung) tulisan tu lama2 spaya aku paham...orang nak shorform..ni bukan shortform..longform da jadinya..pas tu tulisan lak..,..kecik besau..kecik besauu...aduhhh..penat ja cikgu bm ajaq...tahukah adik2...huruf besar hanya di gunakan di pangkal ayat aja..dan huruf besar hanya di gunakan untuk kata nama khas..contohnya seperti Hotel Kak Limah...itu baru la guna capslock untuk membesorkan huruf..ni takk..kecik besor..kecik besorr...ape ke he nye??? atenye jenuh juling biji mate awop nak bc! ni contoh~~
ni sja semalam aku wat status gedik dan seorang minah sengal pun komen..tapi kami anti bahasa gedik ok!!


antara gaya ejaan bajet comel yang selalu di guna

bdx=budak
shomel/tomey=comel
titew=kita
saia=saya
bnty=berhenti
adewww=ada
shian=sian
shayunk.cayunk=sayang
owunx/owg= orang
kowunx= korang
jmpew=jumpa
kaw=kau
menci=benci
apew lawh=apa la
capew= sapa






aduhhh..apa la nak jadi?? tu da bukan shortform!! bangang!!! belit2 lidah aku ni na sebut...lain kali guna la ejaan yang logik skikit..bala2!!!!!

Monday, April 25, 2011

katok ohh katok!!

di suatu malam yang hening...kicauan katak kedengaran bersahutan2 dengan salakan cicak...ada yang bergembira...ada yang bersedih....sedang daku sedang menekan2 papankekunci komputer ribaku...kelepap!!!! bunyi sesuatu..lalu saraf2 ku yang lain mula menghantar maklumat kepada otak dan otakku ku pula mula memberi komand! dari kiri!!! mata sila tengok!!! dan mataku tertancap dengan susuk tubuh yang sekeping,berwarna coklat dan bekaki panjang!!! arrgghh!!!! dengan sepantas gerak khas nye!!aku lari menuju ke pintu..bapak la wey!! katak tu...lompat cm na masok sukan olimpik! da la tu...melekat kat dinding..pehh...berdiri tegak bulu roma aku bak setegak askar sedang nyanyi lagu negaraku...klimaksnye!! dia masok bilik aku!! waaaa!!! aku da ta senang duduk da....maacam mana ni! bilik aku ni da la heaven...adoyy...lalu dengan lagak heronya..mak aku pegi tgk...setelah menunggu selama 30 minit..katak tu pown kuar dari bilik aku..thenn...g ruang tamu...betapa macho nye mak aku...dengan penyapu sawangnya!! dia menghalau katok bodo itu!! aku terus tergedik2 takutkan katak..selepas 10 minit baru la mak aku berjaya menghalau katak itu...fuhhhhhhhhhhhhhh~~ lega rasanya...nasib mak aku ada..mummy!! my hero!!! jap2,,aku upload gambar katak y masok bilik aku..aku ta mampu na upload! aku ta ley tgk.....

Sunday, April 24, 2011

pandai cakap..buat tgk???

assalamualaikum...ni maybe entry pertama yang aku tulis melibatkan soal politik...pehh berasap mata aku tgk org ni dok kutuk2 usaha kerajaan.aku ni mmg minat politik tapi aku tak da la na kutuk2 puak lain...sbb wat apa kita nak kutuk? semua orang ada kelemahan..ni tak...kerajaan buat apa skit mula nak kutuk..kalau tak kerana kerajaan kita ta kan dapat apa yang kita dapat sekarang..so bersyukur la wei..mmg la hampa tak berkenan dengan pemerintahan,aku pun ada gak yang tak berkenan..tapi tak kecoh pun...susah la kalau orang yang suka kritik ni..hampa ingat senang ka nak pimpin negara yang ada bermacam kerenah rakyat..aku mengaku,aku tak byk pengetahuan tentang politik..tapi aku rasa tak wajar kita terlalu over dalam mengutuk usaha kerajaan...hampa bukan la tukang tilik dalam menilik impak hasil usaha kerajaan...so aku mls nak ckp byk,aku just nak ckp kalau hampa ni pandai ckp,pi wat sendiri....susah tak susah nak pimpin?? tlgla weyy....then aku amik taw gak tentang politik ni...y pastinya semua pihak pasti ada kelemahan masing2...perbaiki kelemahan masing2 dalam menghadapi cabaran,bukan menunding jari untuk menunjukkan salah orang lain..aku tak berpihak pada mana2 pihak..sekian....

Saturday, April 23, 2011

surat cinta sadis~


ayang
valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. time tu kite tak dapat nak jawab.semalam ayang merajuk dengan kite,kite dah penat nak layan.ayang call kite,kite mls nak jawab.tang mane erk kite sayang kat ayang??semalaman kite dok pikir soalan tu..pernah ke? maybe tak sedalam cinta titanic atau taj mahal. sayang kite kat ayang sangatla `kerdil`.sbb tu ayang selalu merajuk dengan kite erk? tak tahu la..setahu kite la kan:

1.sebelum kite kenal ayang,setipa sem kite dapat anugerah dekan,bile da kenal ayang setipa sem kite repeat paper. sebelum kite kenal ayang,kite belajar pakai duet biasiswa,lepas kenal dengan ayang,keluar mkn lagi nak mintak duit dengan mak kite.

2.kalau ade 1 buah epal kite bg kat ayang,kalau ade 2 buah epal kite bg yang besar dekat ayang.

3.kalau kite mkn ikan,ayang mkn tang badan,kite mkn tang kepala ikan tu je...iskkk2~~~:(

4.ayang ni tak la cun sangat,kite tak penah kutuk ayang tak cun..tapi kite yang hensem ni lagi ayang nak kutuk ngan member depan kite...kata kite tak hensem langsung...era fazira lalu depan mata kite diam je. takut kalau puji kang ayang marah. mat bangla duk depan sogo ayang g ngorat time kite g tandas.siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5.kalau keluar dengan ayang,ayang selambe nak makan starbucks. kite tpu kite kenyang,padahal sampai umah kite mkn maggi je.

6.sebelum kenal ayangkite tak pernah ade girlfren. selepas kenal ayang genapla koleksi ada 20 boyfren kesemuanya. kite tak pernah marah ayang playgirl dah tu ayang ckp kite cm tok imam.

7.ayang selalu pukul dada kite,tampar muka kite,cubit peha kite.kite tak pernah tengking sekalipun,apatah lagi nak cubit,tampar atau pukul.

8.pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta nagan laki lain,kite nak buat ape? kite kate nak bunuh laki tu..tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pempuan lain,ayang nak buat ape..ayang kate nak bunuh mak kite,ayah kite dengan nenek kite...

kite beli mask clinique ngan ayang harga 300,kite kate harga 30 je..ayang beli jam tangan kat kite harga 30,ayang kate kat kite harga 300.

10.setiap kali jumpa kite bg hadiah kat ayang,tapi setiap tahun beday kite ayang lupa..

11.kite rosakkan headphone walkman ayang.kite ganti satu discman baru.ayang rosakkan kereta kite,ayang buat derk je...satu pertanyaan..tak cukup sayang lagik ke kite kat ayang??

kekasih terluka,
kite....

Thursday, April 21, 2011

satu hari tak da mood..

apakah??????
apakahh???????
malas dah nak terhegeh2!!
ta larat nak layan kerenah hang!!!!
sampai masa aku pun naik fed up!!!
maaf...jgn slahkan aku kalau aku dingin dengan hang...
lagi aku cuba dekatkan diri dengan hang,lagi hang ego..
sekarang aku da mls da nak peduli...
aku pown kenal letih jugakkkk...

Wednesday, April 20, 2011

pepatah melayu yang telah gua patah2 kan..

assalamualaikum...helllluuuuu....hari ni na ckp tentang pepatah melayu...aku ni bukan apa..bkannya nak merosakkan pepatah melayu,tapi kan aku tgk status kat fb tu semuanya bosan2 belak...status y serius la...status y tak masok akal pown ada gak..kadang2 bila aku bukak news feed bukan ada y best pown..so aku amek la inisiatif sendiri...untuk ke web site y menawarkan pepatah melayu moden sampai aku sendiri pown gelak baca pepatah tu...kat sini aku senaraikan pepatah yang aku sempat usha..
1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI…
di ambil dari : http://kahkahkah.mnazman.com/modules/news/article.php?storyid=1051




1) Harimau mati meninggalkan belang, Isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.

2)Sebab pulut santan binasa sebab mulut tak pasal-pasal kena saman malu berjuta-juta...

3)Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

4)Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi bukan kau sorang dalam dunia ni.....boleh blahlah....

5)Biar lambat asalkan tak kena speed trap.

6).Takkan lari gunung dikejar, Tapi pasti gunung takkan datang kalau setakat dok tunggu aje...

http://www.eyriqazz.com/2010/04/tergelak-hatiku-dengan-pepatah-melayu.html

Monday, April 18, 2011

diari ohh diari...

assalamualaikum..yuhu.....vespa cabuk here...ha..hari ni nak bukak topik pasal diari...aku taw..ada sesetengah org,depa jadikan diari tu sebagai tempat meluahkan perasaan..sama la ngan aku...dulu aku pown cm tu...aku mula pandai tulis diari ni sejak aku darjah 6 ag..so mmg byk la diari aku...semenjak ada blog ni aku jarang la tulis diari..ada tu ada..tapi sekarang tak dak masa sangat..then ada gak orang y wat blog ni sebagai diari...cuma aku mls na wt diari sangat cz aku tak private..kat sni aku nak bagitaw skit kepentingan diari ni...kalau dulu aku tulis diari sbb aku mmg suka curahkan perasaan aku..ye la aku ni jenis tak suka cerita masalah kat orang even aku ada besfren aku sendiri tapi aku selesa cakap kat diari je...macam2 la aku tulis dalam diari tu..termasok la kisah cinta aku..haha...cinta monyet la katakan...ada y aku tulis senarai boyfren aku..bese la..dulu aku ni gila couple ckit..sekarang tak dah.,..dah insaf haha...rasa tenang bila tulis diari..seronok dapat luahkan something y ta dapat di luahkan dengan kata2...nikmatnya ta sama dengan nikmat tulis blog sbb bila hampa tulis blog,hampa kena jaga sensitiviti..but kalau hampa tulis dalam diari peduli apa sensitiviti..tulis je...cz tak di publishkan..rite? bagi aku bila tulis diari ni rasa mcm kita boleh selami balik saat2 indah y tercatat dalam diari tu..tah mana datang tah perasaan tu...tetiba je ada.,..huhu....bila dah tulis diari ni hampa nak maki sapa2 pown boleh..tak dak sapa dok larang...tapi nahas la..kalau ada org selongkar diari tu...selalunya diari aku ni,aku suka sorok bwh bantal..cz ta na mak aku bc..sbb mak aku bkannya kemas tempat tdo aku pown...haha...dulu masa aku tyme skool dulu...ary2 aku tulis diari...dan byk gak la makhluk y kena kutuk dengan aku..but selalunya aku tulis tentang cinta aku...aku teringat lagi masa aku form 4 aku ada la in love dengan someone ni..selama sebulan lebih aku couple,ary2 aku tulis apa y dia wat untuk aku...bpe minggu y lepas aku ada la selongkar diari tu...aku baca balik kenangan kami...sweet!! rindu plak...haha...gatai! actually tulis diari ni adalah terapi untuk minda kita..untuk kita lepaskan tekanan....mcm aku aku lebih selesa tulis diari...rather than blog la.. jap2,,aku na upload pic diari aku...ni diari masa form 4...




aku wat sendiri kott diari ni....

Monday, April 11, 2011

i hate!!

salam...result da pun keluar..ok la..ada peningkatan kalau compare last sem punya kan..tah ar wey..rasa tak mau da balik merbuk tu..rasa tah la...aku sebenarnye tak ska dengan life kat sana..stuednt kat sana pun aku tak ska..semuanya aku tgk hipokrit semata2..ada yang suka tikam belakang..seriusly tak ska! tah la...

Thursday, March 24, 2011

gajah bawah tempurung!

assalamualaikum..hai u olssss..pembaca setia blog tokey durian..haha...hmm...nmpaknye sem 2 da abes da..so sekarang bermulala cuti sem...adoyy..terlalu bosan la...hampa nak taw pasai pa.. sbbnya aku ta de tenet kat uma..mana tak nya aku ta bagi berok tu makan..mana nak ada line..haha...berok tu berokband la..awat la lembap ngat aihh..hampa ni...llala...well....nasib la aku hang out mcd sengsorang dapat gak la mencilok line mcd ni...da la moto aku tak ley na bawak akibat daripada roadtax ta mmpu na bayar...3o1 ringgit kalau na amek roadtax aku tu..adoyy..mana nak cilok duet wey...so..lantaran dengan itu aku pown mahu berkerja..almaklumla...ta mau menyusahkan mak n ayah aku..so tadi perkembangan terbaru aku p mintak keje kat econsave...haha..ok la tu..gaji pokok pown da 600...sempat la aku na bagi makan berok aku tu..pas tu bayar roadtax...haha...gaji pown ade pkoko kan.. hoho...hmm..tujuan utama nak datang mcd ni sbb aku nak tgk muet aku..aku wat kat dato` kamarudin la wei...jauh uh...adoyyy..tapi ta pe...ok je kat mana2 pown..hmm..sambil2 tu sempat gak jenguk fb kesayangan aku tu...besa la..nak taw gak perkembangan semasa..ta dak la mcm gajah bawah tempurung..bak kata ariesya..hoho..mcm mana ek gajah bawah tempurung? hmm?? gajah tu kan besar,soooo...tempurung ;kecik...cm ne tu??? ahh..hiperbola lak minah ariesya tu..jenguk2 fb..semestinya isu terpanas antara budak2 law adalah pasal politik sekarang..hmm..aku pun tak taw la...serah sahaja pada pihak berkuasa..kita siapa untuk menilai semua itu..kita tak tawpown bukti2 yang sahih...tapi yang penting Allah Maha Mengetahui...so...pikir2 kan la..hek ele...aku ni ley jadi pembaca berita...lalalala...banyak sungguh aku na tulis sebenarnye ni..tapi aku tulis gak la...hmm..ha!! tak lupa juga,aku juga telah mempelajari seni membawa kereta..adoyy..payah la..benci aku bawak kereta tu...sape tah cipta kereta ade clutch2 ni??? aku nak bakor ghumah die!! taw tak pasal clutch2 tu la kete aku dok nak mampuih ja bila aku nak jalan...apa la...da la tu...gear pown cm tulang ikan...da la aku ta hafal gear2 tu..mana la aku taw gear 234556780009 ada kat mana...caiiiyttt!! hem...mak aku besa la...dok bersemangat waja nak perbesar umah...ayah aku da balik kampung..abang aku dengan family dia..so tinggal aku n mak aku je la kat uma aku tu...bosan nak mati kot dok kat uma tu...hishh.apa la...k la...aku malas na lepak mcd ni lama2..aku ase cm na balik je la..dada...assalamualaikum...muaah!!!