Perasaan ini semakin lama semakin gusar dan gundah..aku tak tahu apa sebabnya..badan ku seakan di goncang kuat,jantungku seakan di gendang gagah…sendiku seakan di patah-patahkan bila aku melihat mangsa letusan Gunung Merapi yang melanda Jogjakarta bulan lalu..semua ini bermula saat aku membulatkan anak mataku menonoton rancangan dokumentari yang di siarkan oleh siaran televisyen swasta..


entahla..semalaman duduk memikirkan semua itu..aku bersyukur kerana semua itu tak menimpa keluargaku..hiba terus menyelusuri urat-urat hatiku...bila aku melihat sebuah kampung yang dahulunya meriah yang dulunya bingit dengan suara kanak-kanak riang bermain di halaman rumah..kini tiada lagi semua itu...dan mungkin anak-anak itu telah kembali pada yang Maha Esa..pasti laman itu turut merindui suara anak-anak itu..tersentap hati ini tika melihat sang fauna turut menjadi korban amukan merapi..ahh..pasti fauna itu menjerit kebingitan saat meletusnya merapi..

menangis hati ini saat aku melihat jenazah yang masih belum di kebumikan..melihat tangan comel yang terbakar..pasti perit tika terkena muntahan merapi..sehingga hangus aku melihat...Ya Allah..

melihat tragedi ini aku terfikir betapa singkatnya hidup kita di dunia..aku terfikir..harta benda hanyalah hiasan..yang di bawa kesana adalah bekalan amalan kita di dunia..solat kita..amalan kita..semuanya akan di soal di akhirat..tika ini aku merasa diriku amat hina...aku berasa aku semakin jauh dengan Penciptaku...aku semakin jauh di telan tipu daya dunia yang semakin tua dan menunggu hari kehancurannya..
melihat tragedi ini timbul butir-butir keinsafan..aku mula mengenangkan sgala perbuatanku di dunia ini...ternyata aku masih belum terlambat..aku masih ada peluang itu..pintu taubat itu sentiasa terbuka....aku sedang mencuba..aku masih mencuba..kematian itu pasti akan datang menjemputku...hanya Allah sahaja yang tahu...dan pastinya sudah tercatat di luh mahfuz..
aku sentiasa memohon hidayah ALLAH...aku mahukan ketenangan yang sudah lama aku dambakan...aku mahukan ketenangan itu...aku rindukan ketenangan itu...
No comments:
Post a Comment