JellyPages.com

Saturday, April 14, 2012

eksited punya yus!

assalamualaikum..heyuuuu! bersiaran kembali....pehh..nampak sangat aku eksited nak update blog kan..sari sampai 2 kali post kan???? angguk cepat! huhe..tapi tahap eksited aku ni tak dak la cm kawan aku sekoq nih! punya eksited na menang 30 ribu...sebelum tu nama kawan aku tuh yus! bukan laki naaa! tapi pempuan! haaa....kisahnya bermula...di pagi yang hening ini..aku baring2 sambil on9 atas katil..tetiba dengan muka yang tak puas atynya si yus ni dengan rakus p ketuk bilik aku..nasib tak roboh bilik aku..nnti akak kesayangan yus iaitu akak J mara kat aku pulak....sbb bagi roboh pintu bilik akuh ni! da la aku tak susun kasut akak J punya marah mcm aku belot terhadap tanah air aku sendiri..salute la kak j! u mmg kelesss! tegas orgnya! (sampai aku rasa nak cabut gg dia!) da la main sepak2 kasut bila time kasut bersepah..ni mesti dulu teringin nak masuk soccer kid..tapi bila dah sedar diri dah tua..tak jadi...kekeke!! (ok dah abes kutuk akak kesayangan yus) ni mesti yus mara aku kutuk akak dia..ekekeke...berbalik pada cerita asal...yus ni punya la eksited laaa..mcm eksited na kwen tuh! mmg dia tu kalau bab kawen sangat eksited..taw la dia dah ada abg wandi.uhuk2! (hormon terlebih agaknya)ok...dia pun cerita la kat aku...contest baik punya yang menang 30 ribu, menang kereta..menang moto! (pakcik menang moto!) ohohohoh!! dalam contest tu peserta kena wat video lawak or apa2 ja yang menarik selama 2 minit..adesyhhh! jenuh aku pulas punya pulas kepala hotak aku ni..na wat video apa?? ta kan na wat video cm cikgu shida tuh?? eheyyy! waraste lagi akuh ni... kesian aku tgk muka cedoi yus ni...punya nak menag 30 ribu tuh! smpai cm tu la eksitednye! ta pe yus..kita akan cuba berfikir secara waras untuk wat video itu..apa kata? kau berlakun jadi akak kesayangan kau?? hek3...cm gempak je?? pas tu lakonkan semula kejadian2 yang buat kau hangin dengan akak tuh! meletup gi tu kan!! hek33!! bye laaa..!!

sakai berkerja!

assalamualaikum....hai..hai..hai..haiiiii!! ok sila kembali normal ckit ina..hang selalu sewel n sakai cm ni bila tulis blog..bukan apa eksited punya pasai la ni..da lama aku tak contiang contiang(conteng2) blog kesayangan akuh nihh! aku tak tau la nak cerita apa..ok...start pada mula...pada suatu ketika dulu..selepas aku tamat asasi...aku pun mula menjadi penganggur yang begitu di segani oleh rakyat jelata....justeru itu..datin emak merangkap pakar motimati terhebat aku(kaki berleter) mula la merepek meraban berguni guni..berbakul bakul..bukan tahap bakul dah datin emak berleter..tahap bertan2 million..kalau nak di eksport pun da mcm kene bawak naik kapal tongkang da...hek3... bukan apa..mana la datin emak tak merepek...motor aku tuh tak dak sapa nak bayaq...haishh...napa la aku tak simpan sugar daddy sekoq..boleh buat umpan bayaq moto akuh..hak3...so..dengan tak rela hati campuq perasaan yang berbaur2 aku pun mula la mencari kerja..puas ku round satu tepeng....satu pun tak dapat..(bukan tak dapat..aku round je..tgk jawatan kosong aku tak p tanya pun..) tengah2 aku berjalan dengan hati yang senang tanpa ada duet seposen dalam kocek seluarku..aku tgk ada jawatan kosong kat satu kiosk ni! aku tanya punya tanya...nasib la tokey tuh pempuan..aku ni mmg ada penyakit tak leyh kerja bawah laki..tak suka!! tak suka!! ok! awak boleh datang esk! ha??? cm tu je?? ok aku pun dengan semangat waja dan jitunya pergi kerja dengan makcik tuh..aku panggil dia makcik sbb dia mmg cm makcik..ekekek! lupa aku nak bagitau...aku kerja kat tempat jual makanan..cm fastfood.,..soooo..aku pun kena la fast! ADESS!! cm na aku na fast??? kuali kat rumah aku pun tak pernah rasa sentuhan aku! apatah lagi aku nak kena masak makanan kat sini! da la mak cik ni ajar aku sejam dua pastu dia tinggal aku sorang2 kat kios tu! meroyan ke hapa ??? bila customer mai mula laa aku gelabah tenuk..aku da la tak tau masak apa2! salah aku jugak dah tak taw masak p mintak tempat lagu tuh! (kutuk aku dalam hati) ahhh!! ada sorang customer ni..nak beli makanan set...jenuh la aku tenang(tengok/tenung) lama2 gambaq set tuh..nak tgk kena boh(letak) bahan apa..budusss!! laaa! aku mana nak taw!! eeeeeeeeeeeee!! free je makcik tu dapat kutukan dalam hati aku yang panas membara...rasa2 kalau boleh teropong hati aku masa tu..mau hangit da hati aku ni...terbakorrrr dek kerana makcik tuh y ajar aku punya sekejap..then expect aku dah pandai wat suma! $%%^&&* punya makcik! ok abaikan! nasib la aku ni kretif dan inovatif (puji la skit diri aku ni..bagi motivasi skit) aku berjaya gak la siapkan makanan set tuh...bahan dak ok! bab hiasan! sumpah buruk! tak leyh masuk chef besi ni(iron chef)! ok! start dari saat tuh...aku mmg tak mau mintak kerja dalam bab masakan,makanan mahupun setara dengannya! walaupun aku anak tukang masak! aku tak mau! bakat memasak mak aku tuh hanya turun dekat abang aku...kat aku?? uhuk! sorry! mesti tak dak sapa nak kawen dengan aku pas baca entry nih kan! ok..tak pa...aku tak hipokrit(ayat sedapkan aty) pas tu dengan semangat ynag membara dan jitunya aku try kerja kat satu kedai kesantekan ni..ala2 gardian n watson laaa....nama di sembunyikan kerana takut menyentuh sensetiviti..apakah>?? uhuk2..abaikan...pehh!! kat cni pun aku kerja bawah pempuan gak! besala...aku kan agak tak ska lelaki...bukan lesbo okehh! sila paham! best tu mmg la best..tapi aku kerja part time ja! mangkuk laa! gaji part time mmg la skit! cmna aku nak bayaq moto aku tuh! tapi yang best kerja kat sini..staff dia,manager dia suma ok! mmg best la weyy! tapi satu ja! aku ni bukan paham bab2 krim ka losyen ka...agak fail di situ! ahaksss!! kalau org tanya aku..aku main bantai je bohong org tuh! (kesian customer aku) na wat cm na..hek33....aku kerja dua hari ja kat situ..sbb aku dapat kerja baek punya kat kedai serbaneka 24 jam! auww!! mcm ayat novel je neh! hek33...minggu yang berikutnya aku memulakan tugasan aku sebagai minah 7e oppss! terlepas..wow! best kerja kat sini...kawan pun berbilang bangsa..agama dan budaya..ada nepal..ada bangla! suma ada...pagi2 kerja aku mop2 lantai..sambil tuh bangla pun mop lantai..secara tak langsung aku dan bangla tuh tak dak beza melainkan bezanya hanya aku warganegara...huk2...sambil2 mop dia pasang lagu industan,,aku pun layan gak! hahaha!!peduli apa aku...asalkan aku dapat duet! mop lantai je pun...bukan suruh p kerja kontrak angkat bata junjung ataih(atas) kepala..teringat aku cita industan dulu2..ehh apa kaitan ni ina oi...ok kembali cerita asal...rajin gak aku mop2 lantai..sapu lantai..kalau kat rumah jenuh mak aku suruh..rasa nya kali ke 87 mak aku suruh baru aku mop lantai umah aku...hek222....kerja kat sini agak mencabar minda dan otak...kawan2 kerja aku panggil aku cedoi...bongok betoi! ada ke patut! ya la..aku mana penah wat benda2 cm ni selama ni..tetiba suruh aku wat..mana tak cedoi di situ.. ok! aku fail kalau nak suruh aku masuk calon menantu! tak reti buat kerja! tapiiiiiiii!! aku tetap belajaq taw....haha...bangga aku! serius! bila hampa(kalian@korang) kerja rasa lain...rasa cm indipendent...rasa cm da besaq gila..mcm dah boleh bela anak orang! wowowowo! merepek la hang ni ina...5 bulan gak la aku kerja kat situ..best2....ada pernah ketuhar meletup! dapat customer yang mabuk2( y ni aku hangin) dapat customer y gatai2..( y ni rasa nak penampaq sedaihhh) tapi apa pun customer always rite! ( sapa reka statement bodo ni???) nyusahkan idop aku ja! tapi kan..hari last aku kerja tu la y paling sedih! tertumpah jugak ayaq mata mahai ni...aku nangis!! waa! nangis sbb nak tinggalkan kawan2 kat ctu! nepal kawan aku tuh pun sedih! hahaha..tapi aku yng over! haha...aku beli depa pen murah2 sebagai tanda kenangan...tapi depa belanja aku top up n old town.,..mana tak belanja oldtown dah depa kerja situ....hahah...tapi apa pun...kerja kat situ mmg best gila sakai! ok la! y tu je kot pengalaman aku kerja sebelum sambung belajaq kat uitm shah alam nih..bye!

Tuesday, April 10, 2012

alkisah blog aku!

assalamualaikum..hai semua..gila! da lama aku tak bukak blog ni..bukan apa aku lupa daa password aku tuh! mana tak lupa lepas ja abes asasi aku terus memulakan kerjaya sebagai minah 7e yang tak bertauliah ataupun lebih dikenali minah cedoi di kalangan rakan sekerja ku yang semuanya bangang dan senget...(suka hati je nak panggil aku cedoi..cedoi tu maksudnya blur) wa!! benci aku depa cakap kat cek lagu tu...ngok punya rakan setugas! ok balik ke topik asal..mengapa aku tak boleh bukak blog ni..aku sememangnya lupa tahap tenuk gaban dah password nih,,maklum laaa..terlampau nak protect kan..sekali tak boleh bukak langsung! padan muka hang ina!! bongek sangat!! pas tu aku malas da nak ambik port nak try2 bukak guna link 4got ur password?? aku rasa sangat cedoi di situ..huh! tapi alhamdulillah la...aku mendapat petunjuk jugak akhirnya untuk terus menyambung bebelan aku di blog yang tak berapa nak betul ni..aku mengambil langkah inisiatif dan efisyennye dengan mereset kembali pasword aku..di situ aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dan dapat la aku bukak semula blog aku ni.k la..aku da ngantok! bye! nnti aku cerita lagi kat hampa pa yang da jadi kat aku..banyak weyy!! nnti2 la..nak p tdoq da ni!! bye! love u!